KEPENTINGAN
@ KENAPA PDP LEBIH MENARIK MENGGUNAKAN BLOG
Kecangihan
teknologi maklumat pada masa kini mampu mempercepat pencarian maklumat bagi
pelajar sekolah menyiapkan tugasan. .Hal ini terbukti apabila majoriti pelajar
sekolah di Malaysia kini mencari bahan
atau sumber maklumat hanya daripada
Internet. Mereka tidak mencari bahan yang mereka perlukan di perpustakaan
kerana di situ mereka perlu bersusah payah mencari buku-buku yang di atas rak
yang disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka.
Para murid dapat menggunakan
Internet untuk membantu pembelajaran mereka. Senario ini dapat dilihat apabila
sudah ada banyak laman ‘blog’ yang berkaitan dengan sesuatu subjek mengikut
sukatan pembelajaran di sekolah yang memenuhi Internet. Dalam ‘blog’ tersebut,
terdapat banyak cara menjawab soalan peperiksaan dan tips yang diberikan untuk
menghafal sesuatu sukatan pembelajaran. Kebiasaannya, tips-tips ini diberikan
sendiri oleh guru-guru cemerlang. Rentetan itu, hal ini akan sedikit
sebanyak membantu para murid dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap
sesuatu subjek yang mereka lemah. Hal ini juga akan dapat membuatkan seseorang
murid itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan mampu mencapai keputusan yang cemerlang.
Terdapat juga blog- blog yang
menyelitkan kuiz, permainan minda, video yang menarik dan alunan lagu-lagu yang
mampu menarik minat murid untuk terus membaca maklumat ilmu yang dipaparkan.
Murid akan cepat mengingat apa yang mereka lihat dan baca kerana ketika itu
minda mereka santai dan tiada paksaan. Ini adalah naluri semulajadi kanak-kanak
yang berminat dan suka pada internet. Murid-murid juga berpeluang bertanya
kepada pemilik blog apa yang mereka
tidak faham di ruangan komentar blog tersebut. Sedikit sebanyak ini membantu
prestasi pelajar.
Guru
pula boleh membuat persediaan awal di rumah dan hanya menayangkan kepada murid.
Jika murid tidak sempat menyalin mereka boleh melakukannya dirumah dengan
melayari internet. Disamping melihat blog guru tersebut murid boleh melihat
blog- blog lain yang berkaitan dengan apa yang mereka sedang pelajari. Oleh itu
blog amat membantu menaikkan kecemerlangan pelajar sekiranya pelajar tersebut
menggunakan blog sebagai salah satu alternatif untuk mengulang kaji pelajaran .